Saturday, December 25, 2010

sekolah

Mo0d : cuti abis suda ni.

yeeehuuuu! pembuka selera, boleh?? gasak je la..hihihi. sedar tak sedar, habis jugak cuti semester yang tak berapa lama ni..dan sedar tak sedar jugak ai dah berjaya (ke?) menempuh semester pertama yang penuh mendebarkan ini. oh. result memang dah keluar, tapi ai malas la nak cerita kat media kan, sebab pointer pun tak seberapa nak dihebohkan sangat. kikiki~

jadinya, itulah..macam tu je lah ceritanya..haha..apa2 pun ALHAMDULILAH, ada perancangan nak buat kenduri minggu ni dengan kawan2 sekalian..kenduri sempena selamat daripada hazab exam. uih, memang gempak la. bukan gempak result, gempak time nak tengok result. agaga. bagai nak luruh jantung, tak pernahlah rasanya gemuruh bagai macam tu..punyalah hebat penangan markah exam kat USM ni kann. tak boleh tido malam, siap mimpi2 merepek2 pasal exam lagi.
(tak boleh tido tapi boleh mimpi??)
-_-'

ater..result dah bagi, pointer pun takat2 boleh buat kenduri, ostel kul 4.30 pagi. ptptpu plak tak masuk2 lagi. balik hadoii, ni pun hazab jugak ni. watalaluit laaaaaa. waaaaaaaa..mari ditangisi bersama.

sekian, bilik ostel berabuk menunggu untuk dibersihkan. byeeeee~

Monday, November 29, 2010

outing

Mo0d : collegemate.

hihihi..ade jugak membe yang sanggup membawa saya bersiar2 dengan jayanya sehingga ke sunway piramid, akibat kebuhsanan makantido di rumah. thanks to big bos nazirul hisham, kerana membenarkan beliau cuti hari tersebut. padahal berlambak lagi rencana untuk magazine Al-Islam (pomot sket) keluaran januari yang beliau belum siapkan lagi..huhuhu..

asal gi sunway je, mesti teringin bangat2 nak main ayaq batu skating..tapi kalau stakat nak basah2 vontot and bersandar kat tepi cermin tu je baik tak payah kan..? hehe..buang duit suda tu..baiklah tunda tahun depan je impian tersebut..

untuk entry kali ni, kisah saya si Rapunzel, eh silap..Rapunzel je, saya tak terlibat pun..buat kali ke berapa entah, dapat seat paling depan dan mendongak ke langit. (sakit tengkuk eden tau??) haha..takpe lah, lagi pun rasa cam comey2 je tengok movie tu kan..sebab ramai kanak2, tapi tak paham kenapa budak2 jantan yang macho2 pun nak feeling2 comey jugak. ok, motif.

bla bla bla..berceloteh dengan nazi pelbagai cerita dari hal kenangan, kini, dan masa depan. masa berlalu dengat sangat laa cepat dan masing2 kena balik umah awal, kononlah. tapi tiba tuptap nak gi karok plak..ahah, idea ni memanjang je nak ngabihkan boreh kan..maka, perjimbaan diteruskan dengan aktiviti melalak untuk beberapa jam..eceh, kali ni melalak lagu omputeh je kekdahnya..kasi lagu jerit2 melepaskan tekanan kerja oleh nazi, dan tekanan aku?? tekanan nak start keje lusa nanti..hahaha..

apa2 pun, it was a perfect sunday dan seronot keluar dengan beliau. lepas ni dah membizi, banyak lagi date tak setel ni, nak susun schedule..hahahaktuih. esok ntah jadi ke tak nak tengok movie lagi, nantikan saja. heeee..bubuiii.

Thursday, November 25, 2010

saya nak tido

Mo0d : cuti semester dah setat wehh..

param param param..dam dam..

dengan ini adalah secara rasminya diwarwarkan bahawa saya sudah selamat menyetelkan semester satu di USM. setel ke?? anyway, it' has been a very tough semester I ever had..seriously.

makanya, saya akan menghabiskan sakibaki cuti semester yang bakal berakhir selama sebulan ini dengan aktiviti yang biasa saya lakukan. contohnya, nak tengok wayang seperti Hairi Potter, Hitachi (Hachiko si anjing), Skyjuice Skyline, dan macam-macam lagi..err, tapi 2 Alam tak kot. tunggu raya je lah kan, itupun kalau ada stesen tv nak tayangkan..hahaha -_-' tapi tapi tapi,,,, kalau 2 Alim tu interesting la jugak..teheee~

urm..selain itu, menunaikan kewajipan berkarok bersama besties. nak2 sekarang ni dah ada Giant baru bukak dekat dengan area rumah, so tak payah susah2 dah nak meronggeng sampai ke Mines tu. anytime bebeh, anytime.

dan sekali lagi, muka saya bakal berlegar2 di Jusco. sebagai salesgirl yang berjaya mengayat customer untuk spend lebih banyak duit untuk bershopping di kedai dan mengular di waktu kerja..haha motippp. tak kisahlah, janji supervisor tak tahu + duhwit gaji ku masyukkk!

apa2 pun, 20 november 2010 bakal menentukan kemuncak semester ini. the day result kami keluar dan saya still berasa sangat cuakkk dan cuakkk dan ok stop. cuakkk.

dah2..barang dah siap packing semua dan i'm ready to get home in few hours. bas sedang menungguku. have fun guys and see uolss after a month ya. daaa~ :)



Saturday, November 20, 2010

benci itu ada

M0od : benci betullah mo0d 'benci' ni.

Benci. membenci. dibenci. terbenci. dibencikan. kebencian. pembencian. bancian. cukupp2 ! menyembur dah air liur ni..hihihihi..ok, tak tipu. semua orang punya perasaan sebegini. kannn? jadi, mari kita berkongsi kebencian sebentar.


saya benci orang yang :

1) kutuk orang boleh, kutuk beliau tak boleh (ok, bajet angel)
2) snatch someone/thing that i like
3) loyar buruk, which is lawak2 yang sangat tak kelakar pada saya
4) bajet dia bagus padahal dia tak bagus langsung dari segala segi
5) diva tak kena tempat
6) cover sangat. coverrr. nak2 depan kaum itu. just euwwww~
7) suka sangat simbah cat minyak pada api yang marak
8) kutuk orang lebih2 as if dia so0o + very da perfect
9) pakai ayat takcle yang sama untuk 10 perempuan (utk lelaki)


dan berpuluh2 jenis orang lagi. rasa macam nak cakap "eh, kau termasuk dalam golongan kawan2 aku?? opss, sori aku salah buat list lah. patutnya kau tak tersenarai. tapi, tak sampai hati." aha..boleh ke??

tapi saya masih sedar. saya tak cukup bagus untuk kata-kata sebegitu. mungkin saya pun tergolong dalam 9 golongan di atas yang akan cakap balik "so, kau ingat kau bagus sangat ke dan kau ingat aku nak sangat ke jadi kawan kau??." haha..


kesimpulannya, we just have to bear with these people as they will always be around us. karma itu ada, katanya. tapi kadang2 tak sabo nak menunggu karma nye. huhuhu. ok, kepada orang2 tersebut, have fun with what you have now because i would love to see what's going happen in the future. thanks for doing this, go0d luck n 'love' you. hihihi :))

benci itu selalu ada untukmu meskipun aku cuba memadamnya. setan lah setan ni..ish!

tambahkan iman dalam kehidupan, kurangkan kebencian dalam kewarasan.

setiaku korbankan

Mo0d : jom nyanyi lagu Pojiah Latip.

(takbir raya) ....

ehem2. sedap jugak suara ai ni bertakbir. nak dengar?? eh, tak payah laa..lagi sedap kalau tak didengar. hahah. almaklumlah, sejak dilabel 'nenek pipit' oleh member2 ni segan2 kucing plak nak berlagu2 ni..ada kawan cakap suara ai bila nyanyi mesti halus. mesti lah halus dek non, tu tak tengok lagi camne ai karok ngan adek2 ai. tak perlu mic yang ketiga kot. hahaha..motif sangat dorang nak gelar pipit2 ni kann. eh cam lucah je. ok2 sudah.

urm..ade lagi sebenarnya, heheh..nama dorang ada yang nenek unta, nenek mikrofon/zirafah, nenek putih/nenek panda, nenek gebu dan berbagai2 nenek lagi. (ape aku merepek ni weh...kelab nenek2 sedunia ke apa nih) pesanan khas kepada nenek2 sekalian, jangan lupa pakai gam Polident time nak gi exam nanti ye. kang gigi pelesu tertanggal plak atas meja exam tuh.

selesai mengharungi paper yang amat menggerunkan tujuh keturunanku, makanya pulang ke rumah untuk beraya sambil berhaji (tawaf rumah) dengan mengorbankan waktu2 belajar yang sangat men'stress'kan diri di USM ini. masih berbaki 2 paper je lagi sebelum nak cuti. cuti yang tak berapa nak enjoy la dengan keadaan hati yang tak tenteram memikirkan markah bawaan atau dalam bahasa penjajahnya carry mark yang macam haram jadah.

berbalik kepada cerita raya korban, ouh saya makan sangat banyak daging lembu dan kambing unta korban. walau bagaimanapun, tak banyak pengorbanan berfaedah yang saya lakukan di rumah. lebih banyak mengobankan masa menonton tv, berkarok berjam2, makan dan tido. buku/nota?? sumpah tak baca. malaslah, give up sebab takde semangat nak exam.

itu pengorbanan sepanjang hari isnin petang sampai jumaat malam. pagi sabtu berkorban untuk balik ke penang semula. tapi kali ini advance, tiket bas jam 1o.30 pagi. dengan hasrat kunun nak spare time tu study. ok, tunggu dan lihat saja. minggu2 terakhir berada di USM adalah sangat undefined. wa tatau mau sedey ka atau nangis ka atau gumbira ka. tiba2 cam malas nak berjimba lepas final paper research on Wednesday nanti. nak balik awal. seawal ashaari.

saya bakal mengorbankan cuti semester saya dengan bekerja macam biasa. itu ahmoi suda bo0king maa..hepp..ingat wa buat itu kerja kaa?? hahaha. tungguuu..macam tak biasa, tiap2 kali cuti sem, situ je lah muka aku..dankini, beg2/kotak2/buku2 untuk disimpan di dalam stor hostel dah siap dipacking, dan baju2 untuk dibawa pulang pun dah siap dipacking. betapa obvious dan eksaited nak habiskan sem ini. chill2. lagi 4 hari sajaaaa...kamon lah. dah2 gi tido. buang jaoh2 stress tu. esok plak sambung stress lagi.

Wednesday, November 10, 2010

carry mar-ky

Mo0d : takde pendorong semangat untuk exam.


SEDIH. nak kata kecewa tu tak la sangat, tapi sedih sket je..sebab ntah. malas nak cite. haha..carry marks tak begitu memberangsangkan. semua subjek.

tapi takpe. masih berbaki beberapa puluh jam lagi sebelum paper, untuk saya at least meneutralkan keadaan. nak perbaiki tu mungkin tak berapa nak mampu la. huhu..jadi saya kena manfaatkan sebaik2nya.


ok, let's activates it.

asam katok

Mo0d : orang Penang tak kenal Chowrasta.



Kalau pergi negeri orang, mesti nak bawak balik rumah something kan? ni tidak. balik bawak diri je. ye, itulah saya. hahaha..tiap kali balik asik2 bawak baju dan buku2 yang tak pernah nak diselak tuu. jadi, untuk kali ini saya bershopping sedikit. a journey to seek citrus fruits (eh betol ke aku cakap ni? eh entahlah. paham2 kan je k) huhuu..

mulakan perjalanan, harus snap sekeping dua dulu. lalala~


tak suke jangan tengok.. :p

kami dengan bangganya menunggang Rapid Penang. haha..jimat2 membawa berkat. alah, bukan jauh sangat pun..lagipun senang kot nak ke mana2 bila da tau jalan, tak payahlah nak naik prebet bagai lagi. cekik darah sudaa..haha..


muke gembira bayar tambang dan dapat tiket bas. kakakaka (sila lempang beliau)

kami gigih ok nak cari tempat ni..dok tanya orang sana sini, urm..haremm. chowrasta pun tak tau. padahal pekan sebelah ni je..ke agaknya tempat ni da tukar nama baru kot..k kene go0gle skang apa nama baru encik chowrasta.

ini baru 1 beg plastik. ade lagi 2 beg. sumenya total hampir rm1** ditambah dengan beberapa free gifts dari apek asam. kenduri asam laa kekdahnya kami aritu..selesai shopping citrus fruit, perot plak mintak diisi dengan ayam Kenny Gorgeous Rogers. nyam3~

pastu ade hasrat lagi nak tapau kek secret recipe, bobor ayam mcd, dan auntie anne. padahal, makan ni pun tak habis, jadi hasrat menapau ditunda lain kali. nafsu dikalahkan oleh akal ye di situ. terima kasih kepada kawan saya yang sudi bawak kami singgah QB.

pulang dengan muka yang puas ati dan tangan yang sedikit lenguh akibat menanggung keberatan jeruk2 sekalian. tehee~ jom balik ostel dan makan sampai kerut2 dahi..jangan lupa bawak balik untuk family :)




Monday, November 8, 2010

gerudi gigi

Mo0d : gosok gigi lepas bersukan.

first paper untuk final exam ini ialah subjek yang sangat saya sayangi, iaitu TITAS (tamadun islam dan tamadun asia) sayang sebab?? sebabnya tak baca arahan betul2, dan jawab semua 10 soalan esei 20 markah setiap satunya dalam masa 2 jam. orang lain jawab 5 soalan sahaja. sah2 gelabahhhh kan? jadi untuk mengurangkan kegusaran di hati, berhasrat untuk buat pemeriksaan gigi lepas exam. ouh exam titas ni saya pakai baju kurung konon2 cam nak sesuaikan dengan subjek laa..

on-the-spot-appointment dengan doktor gigi yang sangat mengujakan. di sebabkan doktor2 pergigian di Pusat Sejahtera USM ni takde keje, jadi appointment cucigigi dilakukan secara on the spot ye. aww..overr you. orang lain buat appointment sampai kena tunggu 2-3 minggu, ai dan member2 isi form then trus je gi gerudi gigi. hahaha..gigi sihat otak pun cergas! (kaitan yang tak boleh diterima)

sekadar mengisi masa lapang untuk mencucigigi. gigi saya susah sedia tersusun, takde kaviti, takde rongak, dan takde lapis2 dan yang paling penting takde hitam2 di gigi. banyak songeh budak ni, nak cucigigi pun siap pesan kat doktor tu awal2 jangan buat sakit2. doktor cakap baiklah dik, tapi tak janji. cesss..haha..sebab membe yang kuar bilik gigi cakap doktor neh buat ganas, sampai darah2 gusi mereka. uihh..cam horror plak makcik doktor ni..

kepada students. barangsiapa nak buat any kind of pemeriksaan gigi di klenet ini semuanya percuma. mahal nehh kalau wat kat luar. jadi, gunakanlah sebaik2nya. cucigigi, cabot gigi, tampal gigi dan sebagainya kecuali buat gigi emas, tak sure kos nya berapa. ok, let's cekidaut wat happen di Unit Pergigian.


teruja nak tunggu turn masuk bilik gigi..yang baju putih tu dah nak lari dah, tapi kitorang tahan beliau daripada melarikan diri. tapi beliau blah dulu dari klenet lepas cucigigi..nangis kat toilet jap. hahaha..

dan akhirnya, selesai juga kami membuat examination ke atas gigi masing-masing. penat pulak mulot ni nganga..kejang dah. sebelum pulang, hahaa..cam bese lah. tunjukkan appreciation sket kat tugu ni..zo0m in pade gigi saya k.

demikian, selesai sudah rawatan gigi oleh makcik doktor. terima kasih. :) lepas ni nak jalan sambil tersengih dan bermotif untuk show off gigiku..hahah. choii.

p/s : kalau yang eksaited nak cucigigi tu kerap kali sangat, baik jangan. sekali sekala sudeh. nanti gigi jadi nipis dan rapuh dan patah dan takde dah. hihi..

senyum semua! say weeeeee~

Sunday, November 7, 2010

realiti exam

Mo0d : masih berfoya2 dengan encik internet.



realiti exam.

ater camne?? sapah mau jawab??


"out2 brief candle."

gulak2 pada kawan2 yang ber exam yep.

byee.

kami

Mo0d : gembirakan hati mereka!


sape ni?? ohh..ini adik2 saya.


syifaa dan bebeh.

saya bawak dorang jalan2..sebab da lama tak kuar dengan mereka since da duk luar negeri ni kan..guahahaha. motif sangat. ok2 sepetang bersama kami ye. layann..

budak2 skolah kan baru lepas UPSR + ujian akhir tahun, so nak release tension la ni..haha..wahh kelasss sangat kan tension exam skolah rendah macam exam kat universiti je kekdahnye dorang ni. siap demand nak release tension style ala2 student ipt..haha..tu la sape jugak yang mengajor dorang dulu kan. bukan ke haku jugak. haih. zaman ai muda2 dulu mane ade ni sume..takde sape nak bawak pun.

promotion pusat karaoke baru bukak 1 jam rm4.50 amacam?? balun lah ape lagi kan..haha..limited period je tawaran ni..bilik pun cun, almaklumlah baru..tak lame lagi jamban la tuu jadinye..:P

tapi ai jadi PA je..dorang lah yang jadi penyanyi nye. sume lagu mereka yang punya. ai ni konon2 cam penjaga la (bukan bibik tau) tapi personal assistance..haha..

tu reben gergasi tu..ai yang suh beliau pakai tu..haha..muka tak rela je kann..

ni lah dia kalau dah pengaruh sinetron banyak sangat kat tv tu, memanjang jee nak nyanyi lagu indon. cuba la lagu thai ke kan..eh, tapi tak bleh jugak. kang terbaca jampi serapah mamposs..haha

teringat plak aku kat lagu karok iklan kitkat tu (kalau uolls prasan la) :

weh o wah o wah oh,
choco i miss you dancing, miss you dancing with me,
everyday e yeah eh eh eh,
let me say! let me say!

haha..hebat laa ai bleh ingat kan..dan2 kat umah bile kuar je iklan tu, ai pon nak nyanyi jugak..semak je..ehehe

nak tengok mubi, takde lah plak mubi yang best2..nak tunggu minggu depan, tak sempat coz ai da nak kena balik luar negeri..kena tunda la bulan depan nampaknya. sepetang tersebut diakhiri dengan...

mengkanak2 kan diri di pusat permainan! yeehaa! cam bese eden nak release tension main ketok2 dan bola keranjang! terasa lenguh lagi lengan ni haa..baling2 bola tak masuk. kuikui.

ok, tu saja yang sempat untuk sepetang ni. len kali kita berpetang2 lagi okek. :))

big spender!

Mo0d : menggila.

study week bermaksud minggu yang patut pulang ke rumah dan beronok2 tak hengat bahawa minggu depan dah nak exam. haha..ok2, makcik nak cerita pasal shopping kt Jusco, store kegemaranku. Kegemaran sebab? Sebab ade sale besar2an khas untuk regular customer jusco sekalian iaitu Jcard Day. seronok sangat ke sale ni?? mai kita tengok --->


apa je yang berlaku time jualan spesel jcard day ni??

1) hanya yang ade member card je yang boleh masuk bershopping hari tersebut. sape2 yang nak tompang member2 pun boleh jugak.


2) penoh sesak orang. sume lapisan masyarakat ade lah..bau pun macam2 ade, kalah bau pasar borong selangor.hahaha

3) sume barang ade diskaun terlampau. baju2 yang lama terutamanya. tapi customer banyak tak tau. sebab da rambang tengok harga baju cam harga ikan murhnye. ikan pun lagi mahal kot.

4) customer pompuan / laki / bujang / da kawin / duda / janda /terpisah semua jadi menggila tolak troli sane sini. sempit sampai berlaga2 vontot pun rela sebab nak shopping.

5) makcik2 menggila dengan tawaran handbag sehingga 80% diskaun. tu kalau 100% mau berebut tu..

6) ramai kanak2 hilang kerana mak2 dan bapak2 sebok gi fitting baju tinggalkan anak2 suh cashier jaga. dah la cashier tu letih sehari suntuk dok scan barang jee.

7) fo0d court dan tempat2 makan tibe2 ade sale yang sangat tinggi sebab orang shopping dari pagi sampai malam, so kalau dorang nak makan tak payah gi jauh2 sebab ade second round lagi..

8) parking penoh sampai tompang parking pasaraya sebelah. hot je owner pasaraya sebelah tu orang dok tompang parking je, tapi tak shopping pun kt complex dorang..huhuhu

tu la antara peristiwa2 yang sering terjadi tatkala jcard day melanda. banyak lagi yang menarik dan pelik. kami pun tak ketinggalan bershopping. tengok ni

=
=
=
=
=
\/


ok la. bagi can sebab beliau yang tolak troli kan..ni separuh masa pertama. nak gi makan. kebulur ni.


separuh masa kedua. haih. sebab tu la makcik tak heran nak shopping sangat slalu. tunggu jcard je sudehh. duit pun jimat. jimat ke?? hahaha..aww~ ai loike ai loike.

k. nak calling2 member2 yang keje kat jusco jap, nak tau bile + kat mane next jcard day plak. hihi. berbelanjalah secara berlaboi-laboi ! bye uolls!

Wednesday, October 27, 2010

beskal ku baru

Mo0d : kayuh jang kayuh.

Tadahhh!


amacam, ade tauliah nak join lumba lori beskal olimpik or komanwel tak?? haha..beskal pun da sama berat and tinggi cam ai.


lame da tak men kayoh2..dulu, time nak gi skolah + gi ngaji, ataupun time petang2 gi round ngan membe2 kat taman perumahan. last time sentuh beskal pun darjah 6 kot. punyelah gila lama. seb bek tak lupa camne nak ride..dulu ai blaja basikal manual je..haha (kekdahnye ade ke auto?? gilo apo)

memandagkan kebosanan yang melampau this week, so kene lah rajin2 kan diri penuhkan aktiviti di sore hari. contohnye, men beskal sebagai ganti kepada tido..baik juga untuk kesihatan. sewa beskal ni rm1 je..tapi kt hostel len ade yang tak payah bayar. tak aci kan? tapi tak kesah laa..yang penting niat. haha..

kayoh punye kayoh punye kayoh, sampai part naik bukit memang seksa laa kan. berat 40 kg ni pun tak terbawak wo0. gile ah. terasa urat2 peha ni tegang..nampak nau tak rajin bersukan..tapi ai gigihkan juga nak pusing keliling USM yang berbukit bukau serta berliku2 jalannya. part turun bukit paling syok la sebab laju jee turun kan. kalau tak control gear ngan brek memang tercampak dalam gaung la jawabnya.



didapati setelah berbeskal selama 1 jam setengah segala skru2 di kakiku semuanya sudah longgar sampai berdiri + berjalan pun da huyung-hayang dah. sakit ohhh..haha len kali nak men beskal lagi. sampai kaki ni bajet bleh kurus cam tiang letrik (no more betis yang cam bunting padi lagi) :))



*sape tak tau bawak beskal rugi tau ainul* :p

Sunday, October 24, 2010

kesibukan saya

Mo0d : sibuk sangat kot.


lame tak hapdet blog. heboh + jenuh dengan kesibukan. kesibukan yang macam mana ek? kesibukan dengan assigmnent la, presentation la, project paper la, bahan bacaan la, dan sume2 tu laa..


ditambah lagi dengan nak mengadap "2 orang beliau". huh, what a scary moment. beliau2 telah berjaya menerbitkan satu fobia dalam diri saya yang diberi nama "hemophobia" opss bukan, tp "beliauphobia" yang setelah sekian lama menghilang sejak zaman skolah2 rendah dulu..


sibuk2 pun sempat jugak nak keluar hilangkan stres. stress la kunun kan. sekarang ni lebih banyak melaghakan diri dengan pelbagai jenis pembaziran yang dianggap menjadi terapi menangani stress..haha..contohnya seperti membeli dan membelahkan diri, makan macam2 jenis makanan di macam2 jenis restoran, tengok mubi, karok, dan main game ketok2.

buktinya, (motiffff sangat nak abadikan WANG dalam entry ni kan) sekarang hampir tiap minggu nak kuarkan diri ke Queensbay..ye la mana lagi tempat yang sesuai dengan standard student2 yang bergaya dengan PTPTN nak berjimbaa..jadi Queensbay juga la yang menyaksikan segala kegilaan kami yang tiap2 minggu mengunjunginya..lepastu gi karaoke tak hengat punye sampai kol 3 pagi. tu belum kira hasrat nak men roller blade bagai lagi..:P


btw, mubi Enthiran the Robot is so0o0o best. fyi, it's a Tamil mubi okek..well, kami menyokong industri filem Malaysia..haha..3 jam berada dalam bilik yang sejukbeku itu sangat berbaloi dengan keputusan kami to watch it. bila cerita ngan other people, dorang mesti gelak. tak tau motif ape gelak. macam laa dorang tak pernah tengok mubi hindustan kan..bezanya cuma ni cite Tamil not Hindi. yang penting enjoy beb, dan pada sape2 yang nak gi tegok mubi tu, da habis da takde da. gyahaha.


urm..sekarang ni dah kurang sikit beban, (beban kekdahnye assignment tu) haha..ok keji. jadi tahap stress semakin menurun sebab kuliah + tutorial pun banyak yang da habis. sekarang nak tunggu final exam yang bakal menaikturunkan graf stress untuk stage yang seterusnya. mampukah saya nak survive semester pertama di sini? hopefully..."apa saja untuk tak repeat okek!"


jadi kesimpulannya, try to live in a happy way even kadangkala kesibukan dan kesedihan sering melanda diri. macam orang selalu cakap, "study smart, not study hard", tapi my own quote says that "live smart, not live hard"..haha pape ntah. alah, biala janji bahagia..hahaha. i'm enjoying every breath of mine..mana la tau esok2 kot tak bernapas lagi mampuih laa..


in the same time, saya cuba untuk menghargai. cuba untuk memahami. cuba untuk bersabar. cuba untuk bertenang. cuba untuk membuat penilaian secara waras kerana hidup ni kadangkala membuat orang yang waras berfikir di luar kewarasan mereka. cuba dan cuba (rase cam nak nyanyi lagu faizal tahir "cuba") ngeee~ ok, selamat mencuba juga kepada anda.




petunjuk lolipop --> *WANG ialah salah seorang beliau dari 2 orang beliau*

Sunday, October 3, 2010

version 2

Mo0d : get-together.

Even hari raya tahun ni takdelah semeriah mana, tapi it's kind of the best raya sebab dapat beraya dan bereunion dengan kawan2 sekolah. again. this is our 2nd reunion anyway. saya beraya selama 2 hari bersama mereka dan melawat ke rumah-rumah chekgu yang ada. chekgu, saya tetap ingat kat chekgu walaupon chekgu tak ingat pon kewujudan saya dalam kelas..haha. almaklum, ai ni lowww profile je.

reunion kali ni berjaya mengumpulkan lebih ramai peserta berbanding reunion lepas. bersempena tuan organiser, syazwan yang bakal berangkat ke mesir tak berapa lama lagi. dan sementara saya berda di kampung melaka. kan dah kata, u have to wait me to oraganize this kind of reunion. we really2 enjoy every moment together2..

1st station : berkumpul di rumah mai.
muqaddimah --> datang rumah orang haruss bersopan.
2nd station : rumah farizan.

lepas tu, baru lah mulakan aktiviti makan2 sampai pengsan.

dan lagi. makan.





dan lagi.

yessss..berjaya. jangan harap kau nak snap tanpa aku..kikikiki~


ummi, besfren skolah rendah. 12 going 21. kami maseh kawan baik. :))


wanita chantek.

para jejaka.




para jejaki. haha..

3rd station : rumah madihah a.k.a. anak chekgu.

(actually ada lagi satu station, rumah alin. tapi gambar tak amek pun.)



rumah chekgu matematik kene redah last minute. sorry chekgu. :p

(anak2 murid yang dolu2 nya comel2 + comot2 sume sudah berjaya ke menara daging gading)

penangan kena marah dari chekgu2 sekalian.

=

=

=


dah kenyang membedal segala juadah, jadi rombongan decide to go back home~


-promise to still be friends sampai mati-

as to syazwan, selamat merantau ke negara orang arab dan belajau culture orang sana termasuklah bercakap secara loud dan sebagainya..:p

jangan lupa jaga "kamerakita", hadiah kami untuk anda. amik gamba minah arab banyak2 keh, sebagaimana permintaan daripada jejaki2 sekalian. dan untuk saya, cukup sekadar gambar cik unta yang sedang tersengih + berposing sebelah pokok kurma dan ada pak arab disamping beliau. huhuhu..

kami doakan kejayaan anda dan lupa beraya tahun depan tau. time tu tak boleh nak huha2 sangat sebab anda sudah jadi ustaz. hehee~

hoping that this relationship will last forever. ^^

---