Wednesday, October 27, 2010

beskal ku baru

Mo0d : kayuh jang kayuh.

Tadahhh!


amacam, ade tauliah nak join lumba lori beskal olimpik or komanwel tak?? haha..beskal pun da sama berat and tinggi cam ai.


lame da tak men kayoh2..dulu, time nak gi skolah + gi ngaji, ataupun time petang2 gi round ngan membe2 kat taman perumahan. last time sentuh beskal pun darjah 6 kot. punyelah gila lama. seb bek tak lupa camne nak ride..dulu ai blaja basikal manual je..haha (kekdahnye ade ke auto?? gilo apo)

memandagkan kebosanan yang melampau this week, so kene lah rajin2 kan diri penuhkan aktiviti di sore hari. contohnye, men beskal sebagai ganti kepada tido..baik juga untuk kesihatan. sewa beskal ni rm1 je..tapi kt hostel len ade yang tak payah bayar. tak aci kan? tapi tak kesah laa..yang penting niat. haha..

kayoh punye kayoh punye kayoh, sampai part naik bukit memang seksa laa kan. berat 40 kg ni pun tak terbawak wo0. gile ah. terasa urat2 peha ni tegang..nampak nau tak rajin bersukan..tapi ai gigihkan juga nak pusing keliling USM yang berbukit bukau serta berliku2 jalannya. part turun bukit paling syok la sebab laju jee turun kan. kalau tak control gear ngan brek memang tercampak dalam gaung la jawabnya.



didapati setelah berbeskal selama 1 jam setengah segala skru2 di kakiku semuanya sudah longgar sampai berdiri + berjalan pun da huyung-hayang dah. sakit ohhh..haha len kali nak men beskal lagi. sampai kaki ni bajet bleh kurus cam tiang letrik (no more betis yang cam bunting padi lagi) :))



*sape tak tau bawak beskal rugi tau ainul* :p

Sunday, October 24, 2010

kesibukan saya

Mo0d : sibuk sangat kot.


lame tak hapdet blog. heboh + jenuh dengan kesibukan. kesibukan yang macam mana ek? kesibukan dengan assigmnent la, presentation la, project paper la, bahan bacaan la, dan sume2 tu laa..


ditambah lagi dengan nak mengadap "2 orang beliau". huh, what a scary moment. beliau2 telah berjaya menerbitkan satu fobia dalam diri saya yang diberi nama "hemophobia" opss bukan, tp "beliauphobia" yang setelah sekian lama menghilang sejak zaman skolah2 rendah dulu..


sibuk2 pun sempat jugak nak keluar hilangkan stres. stress la kunun kan. sekarang ni lebih banyak melaghakan diri dengan pelbagai jenis pembaziran yang dianggap menjadi terapi menangani stress..haha..contohnya seperti membeli dan membelahkan diri, makan macam2 jenis makanan di macam2 jenis restoran, tengok mubi, karok, dan main game ketok2.

buktinya, (motiffff sangat nak abadikan WANG dalam entry ni kan) sekarang hampir tiap minggu nak kuarkan diri ke Queensbay..ye la mana lagi tempat yang sesuai dengan standard student2 yang bergaya dengan PTPTN nak berjimbaa..jadi Queensbay juga la yang menyaksikan segala kegilaan kami yang tiap2 minggu mengunjunginya..lepastu gi karaoke tak hengat punye sampai kol 3 pagi. tu belum kira hasrat nak men roller blade bagai lagi..:P


btw, mubi Enthiran the Robot is so0o0o best. fyi, it's a Tamil mubi okek..well, kami menyokong industri filem Malaysia..haha..3 jam berada dalam bilik yang sejukbeku itu sangat berbaloi dengan keputusan kami to watch it. bila cerita ngan other people, dorang mesti gelak. tak tau motif ape gelak. macam laa dorang tak pernah tengok mubi hindustan kan..bezanya cuma ni cite Tamil not Hindi. yang penting enjoy beb, dan pada sape2 yang nak gi tegok mubi tu, da habis da takde da. gyahaha.


urm..sekarang ni dah kurang sikit beban, (beban kekdahnye assignment tu) haha..ok keji. jadi tahap stress semakin menurun sebab kuliah + tutorial pun banyak yang da habis. sekarang nak tunggu final exam yang bakal menaikturunkan graf stress untuk stage yang seterusnya. mampukah saya nak survive semester pertama di sini? hopefully..."apa saja untuk tak repeat okek!"


jadi kesimpulannya, try to live in a happy way even kadangkala kesibukan dan kesedihan sering melanda diri. macam orang selalu cakap, "study smart, not study hard", tapi my own quote says that "live smart, not live hard"..haha pape ntah. alah, biala janji bahagia..hahaha. i'm enjoying every breath of mine..mana la tau esok2 kot tak bernapas lagi mampuih laa..


in the same time, saya cuba untuk menghargai. cuba untuk memahami. cuba untuk bersabar. cuba untuk bertenang. cuba untuk membuat penilaian secara waras kerana hidup ni kadangkala membuat orang yang waras berfikir di luar kewarasan mereka. cuba dan cuba (rase cam nak nyanyi lagu faizal tahir "cuba") ngeee~ ok, selamat mencuba juga kepada anda.




petunjuk lolipop --> *WANG ialah salah seorang beliau dari 2 orang beliau*

Sunday, October 3, 2010

version 2

Mo0d : get-together.

Even hari raya tahun ni takdelah semeriah mana, tapi it's kind of the best raya sebab dapat beraya dan bereunion dengan kawan2 sekolah. again. this is our 2nd reunion anyway. saya beraya selama 2 hari bersama mereka dan melawat ke rumah-rumah chekgu yang ada. chekgu, saya tetap ingat kat chekgu walaupon chekgu tak ingat pon kewujudan saya dalam kelas..haha. almaklum, ai ni lowww profile je.

reunion kali ni berjaya mengumpulkan lebih ramai peserta berbanding reunion lepas. bersempena tuan organiser, syazwan yang bakal berangkat ke mesir tak berapa lama lagi. dan sementara saya berda di kampung melaka. kan dah kata, u have to wait me to oraganize this kind of reunion. we really2 enjoy every moment together2..

1st station : berkumpul di rumah mai.
muqaddimah --> datang rumah orang haruss bersopan.
2nd station : rumah farizan.

lepas tu, baru lah mulakan aktiviti makan2 sampai pengsan.

dan lagi. makan.





dan lagi.

yessss..berjaya. jangan harap kau nak snap tanpa aku..kikikiki~


ummi, besfren skolah rendah. 12 going 21. kami maseh kawan baik. :))


wanita chantek.

para jejaka.




para jejaki. haha..

3rd station : rumah madihah a.k.a. anak chekgu.

(actually ada lagi satu station, rumah alin. tapi gambar tak amek pun.)



rumah chekgu matematik kene redah last minute. sorry chekgu. :p

(anak2 murid yang dolu2 nya comel2 + comot2 sume sudah berjaya ke menara daging gading)

penangan kena marah dari chekgu2 sekalian.

=

=

=


dah kenyang membedal segala juadah, jadi rombongan decide to go back home~


-promise to still be friends sampai mati-

as to syazwan, selamat merantau ke negara orang arab dan belajau culture orang sana termasuklah bercakap secara loud dan sebagainya..:p

jangan lupa jaga "kamerakita", hadiah kami untuk anda. amik gamba minah arab banyak2 keh, sebagaimana permintaan daripada jejaki2 sekalian. dan untuk saya, cukup sekadar gambar cik unta yang sedang tersengih + berposing sebelah pokok kurma dan ada pak arab disamping beliau. huhuhu..

kami doakan kejayaan anda dan lupa beraya tahun depan tau. time tu tak boleh nak huha2 sangat sebab anda sudah jadi ustaz. hehee~

hoping that this relationship will last forever. ^^

---