Monday, November 8, 2010

gerudi gigi

Mo0d : gosok gigi lepas bersukan.

first paper untuk final exam ini ialah subjek yang sangat saya sayangi, iaitu TITAS (tamadun islam dan tamadun asia) sayang sebab?? sebabnya tak baca arahan betul2, dan jawab semua 10 soalan esei 20 markah setiap satunya dalam masa 2 jam. orang lain jawab 5 soalan sahaja. sah2 gelabahhhh kan? jadi untuk mengurangkan kegusaran di hati, berhasrat untuk buat pemeriksaan gigi lepas exam. ouh exam titas ni saya pakai baju kurung konon2 cam nak sesuaikan dengan subjek laa..

on-the-spot-appointment dengan doktor gigi yang sangat mengujakan. di sebabkan doktor2 pergigian di Pusat Sejahtera USM ni takde keje, jadi appointment cucigigi dilakukan secara on the spot ye. aww..overr you. orang lain buat appointment sampai kena tunggu 2-3 minggu, ai dan member2 isi form then trus je gi gerudi gigi. hahaha..gigi sihat otak pun cergas! (kaitan yang tak boleh diterima)

sekadar mengisi masa lapang untuk mencucigigi. gigi saya susah sedia tersusun, takde kaviti, takde rongak, dan takde lapis2 dan yang paling penting takde hitam2 di gigi. banyak songeh budak ni, nak cucigigi pun siap pesan kat doktor tu awal2 jangan buat sakit2. doktor cakap baiklah dik, tapi tak janji. cesss..haha..sebab membe yang kuar bilik gigi cakap doktor neh buat ganas, sampai darah2 gusi mereka. uihh..cam horror plak makcik doktor ni..

kepada students. barangsiapa nak buat any kind of pemeriksaan gigi di klenet ini semuanya percuma. mahal nehh kalau wat kat luar. jadi, gunakanlah sebaik2nya. cucigigi, cabot gigi, tampal gigi dan sebagainya kecuali buat gigi emas, tak sure kos nya berapa. ok, let's cekidaut wat happen di Unit Pergigian.


teruja nak tunggu turn masuk bilik gigi..yang baju putih tu dah nak lari dah, tapi kitorang tahan beliau daripada melarikan diri. tapi beliau blah dulu dari klenet lepas cucigigi..nangis kat toilet jap. hahaha..

dan akhirnya, selesai juga kami membuat examination ke atas gigi masing-masing. penat pulak mulot ni nganga..kejang dah. sebelum pulang, hahaa..cam bese lah. tunjukkan appreciation sket kat tugu ni..zo0m in pade gigi saya k.

demikian, selesai sudah rawatan gigi oleh makcik doktor. terima kasih. :) lepas ni nak jalan sambil tersengih dan bermotif untuk show off gigiku..hahah. choii.

p/s : kalau yang eksaited nak cucigigi tu kerap kali sangat, baik jangan. sekali sekala sudeh. nanti gigi jadi nipis dan rapuh dan patah dan takde dah. hihi..

senyum semua! say weeeeee~

0 orang cakap2 pasal ni: